Oranges!
knock knock

don't worry about failures,worry about the chances you miss when you don't even try



story twitter fB family

Hoy Hoy! Welcome to my blog! Enjoy anything here




Ask For Forgiveness



Rabu ( 29 August 2012)

That time pagi rabu.around 8.30 am. Bee baru bangun tidur.Today class was started on 10.00 am. So, bee ada masa heaven la nak tidur lebeh - lebeh kan.kawan kawan yang class start 8.00 am jangan jelly okeyh. Bee dengan ekyn satu class. Huu memang heaven tido.assignments tak siap lagi ni.HAHA
Actually.daripada malam tadi *that time  bee nak makan roti telor taw.ekyn pon nak dan dia dengan titahnya mintak bee tolong buatkan roti telur.okey fine. Bee boleh buat. Cehh kalau roti telur pon tak reti buat,anak dara apakah itu? HAHA alkisahnya. Bee pon buatlah roti telur pagi ney.

Roti telur yang bee buat ney agak specialies sikit lah.Selalunya kalau kat rumah bee goreng kat dalam kuali je kan. Tapi kali ney ehem ehem Chef Bee mulakan goreng roti telur dalam rice cooker.just guna 3 biji telor yang sangat terserlah kecomelannya dan beberapa keping roti jenama apa apa pon boleh. Bee punya idea pergi letak sos cili dengan harapan di hati nak jadikan roti telur tu pedas.Padahal roti telor tu nanti kan jadi pedas bila cecah dengan sos. Apelah bee ni.

Harum semerbak bau roti telor satu rumah. Biasalah anak dara buat sarapan memang kena havoc sikitlah.bukan senang bee nak merajinkan diri.HAHA. makanan  tak sempat hidang lagi tangan ekyn sudah menyambar roti telor tuh.HEH nothing to say kalau ekyn kan.Kami pon makan dengan riang rianya. Putut dengan Bieha pon joined sekali.kalau dah name makanan terhidang di depan mata .mane ingat nak basuh taik mata tu dulu kan.korang ni. Then , basuh dan ready for math class.hari rabu  memang bee suke sebab dapat class dengan Madam ‘Rugi’.suka buat pening kepala aku.benda senang pon jadi terbelit belit woi.

#Mesti korang fikir kan title post ‘ Ask For Forgiveness’. Tapi ini cerita fasal roti telur pulak.HAHA korang kena sabar. ‘al sobarul minal iman’.


Khamis ( 30 August 2012 )

That time tengah hari.lagila heaven kot.Class start 2PM. Dah macam nama band korea . HEHE. Tido memang bee tak ingat duduk kat planet mane dah ha.Roh Bee pergi shopping mall jap sampailah pukul 10 am baru bee bangon. Teruk Bagus kan anak dara ni.Time tu Putut nak pegi class. Bee dengan Ekyn baru je masuk roh dah buat dajal kat Putut. Kitorang sorokkan beg dengan kasut dia lah. Memang pecah perut lah gelak gelak.Finally she was going to class with happily.

“Orang tua – tua cakap jangan gelak terlebih had. Takot gelak tu menjadi sebuah tangisan.”

Going on my stories.lepas gelak gelak bee dengan ekyn mula lapar. Cacing dalam perut masing masing dah berkoir nyanyi lagu Muara Hati. eh? pandai cacing kami ney cari lagu.nak lagu top je.Okey.Mase untuk cari telur yang comel comel dalam bag kami. Alamak ada 6 biji telur je. So we decided to ambil 2 biji sorang.  6 – 2 berape? Tinggallah 8.First we think we want to make omellete,but stakat omellete kosong tak ada bawang ,cili memang tak sedap la kan. Decided to make telur separuh masak.HAHA.kami nak masak telur tu guna rice cooker Putut lagi.

Berkisah rice cooker Putut,ingat tak Bee ade guna rice cooker Putut semalam kan.tak ingat? Cube baca balik apa Bee tulis kat atas tu . Okey. Those kamu yang  masih ingat lah kan,tahniah . memori anda masih stabil. Semalam Bee tengok masih bernyala taw after switch on. Tapi hari ini *tarikh yang tertulis bila Bee dengan Ekyn nak buat telur separuh masak tu kat dalam rice cooker,after switch on,lampu tak menyala. ALAMAK!!

Apa Bee nak buat?? Stress!!

Allah! Bee dengan Ekyn memang gelabah habess. Try it many times.still macam tu.Kami tak tau nak buat apa.Kami bukan formen dalam bab barang barang macam ni. Bee rase this situation Bee yang salah. Sebab Bee yang last guna rice cooker.Apa Bee nak cakap kat Putut?? Actually,rice cooker ni hasil penat lelah Putut masuk contest cabutan bertuah dalam kenduri kawen kot *kalau tak silap la. Okey.kepala Bee dah start berdenyut dah. Kebelakangan ni selalu berdenyut teruk.pehal ntah. Bee risau yang teramat sangat.Now *that time Putut dah balek from class. Bee tak cakap sepatah dengan dia langsong. Bee diamkan diri sebab Bee takot  + risau + gelisah + nak nangis yang teramat.

 Bee tak boleh pandang Putut langsong.kalau tak my tears comes around. First time dah buat salah Bee tak cakap kat orang tu awal – awal. Bee mintak Ekyn dengan Al Siir tolong diamkan hal ni dulu.. Budak budak sume pelik dengan Bee kenape Bee diam seribu bahasa. kalau tak Bee ni lah #kakiBahanOrang.Putut lagi lah pelik dengan Bee. Sebab dia tanya Bee , Bee tak pandang muka dia sikit pon dan bila dia tanye , Bee cume angguk geleng je. Orang memang pelik lah sebab time pagi riuh satu rumah dengan gelak riang ria kitorang,pastu bila tengah hari diam seribu bahasa. Bee tau Putut dah start rasa serba salah dengan Bee sebab selalunya kalau Bee nak suka suka merajuk dengan Putut , memang Bee akan diam lame sikit pastu Bee baru okey dengan dia. Jam menunjukkan pukul 2.okey. Bee dengan Ekyn going to class as usual.  Our act like nothing happen.

Balek dari class, Putut dah balik Senawang.yela orang sibuk nak balik merdeka. Tapi Bee tak balek pon.buat susah parents Bee nak hantar balik je nanti. Kebetulan Ayah Bee ade event PA SYSTEM 2 hari kat Taman Paroi Jaya , Seremban event kenduri kahwin. Malam tu.Bee start tweet dengan Aina Nany. Bee bincang dengan Aina Nany.Nany terkejut wo!! Nany cakap terus terang dengan Putut.tapi Bee tak nak. Bee takot. Nany cakap Putut tak marah kot sebab kitorang dah lama kenal. Bagi Bee, lama kenal ke tak,tetap ada marahnya kalau barang kepunyaan dah rosak kan. Okey Bee ikot cakap Nany. Bee text kat Putut. 6 pages taw. Tunggu dan tertunggu bagai bulan jatuh ke riba gamaknyer .

Lega hati Bee dah bagitau Putut.and now , Putut still tak reply meseg Bee. Sedihnya Bee. Hanya tuhan je yang tahu betapa sedihnya Bee.Putut, Bee taw tu barang mak Putut,barang baru keluar dari kotak lagi kan.Apa pon, Bee akan ganti balek rice cooker Putut taw.Bee mintak maap sangatt.

­­­­­­­­­­­­­­Isnin ( 3 September 2012 )

Good news!. Bee dengan Putut dengan Ekyn dan Bieha sekali malam ni *that time was going to dinner. Kitorang dinner kat Melang Pot jela. Itu je yang termampu. Then, going to Econsave. Time kitorang nak pergi Econsave tu,tak semena – mena ade laki laki buat laka laka kat kitorang. Dorang naek kereta pastu maen hon hon ,siap ajak tumpang sekali.cetttt. Pedulikan jelah kan *jual mahal.
Okey sampai Econsave,teros pegi cari rice cooker. Cari punya cari.wahhh macam nak beli baju dibelek belek. Alhamdulillah,dapat yang dicari.pucuk dicita ulam mendatang.dapat beli design yang sama punya.yea! Bravo!

P/s :: bawak balek masuk Melang takot takot macam penyamun!